Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
Harian Metro, 16 Mac 2007
KESUDIAN penyanyi Ning Baizura menggayakan baju rekaan pereka muda dalam satu majlis anugerah baru-baru ini, mengundang padah apabila menjadi bahan hinaan di laman web pereka itu.
Menerusi lawan web yang turut dibaca ribuan peminat Ning, pereka itu dikatakan menyindirnya dengan memaparkan gambar gaun hitam yang pernah dipakainya itu digayakan semula pelakon dan model Sasha Saidin.
Di bawah gambar itu tercatat kenyataan bahawa baju itu seharusnya dipakai gadis bertubuh tinggi, berkulit putih gebu dan kurus seperti Sasha dan Ning pula dituduh sebagai perosak gaya.
Hakikat sebenar, ramai menganggap baju rekaan pereka itu serasi dengan tubuh Ning dan penampilannya begitu terserlah ketika di pentas dengan gaun direka khas.
Sewaktu ditemui di sidang akhbar tajaan pakaian Jovian Mandagie dan perhiasan Refflesia Diva Colleciton yang bakal digayakan Ning pada persembahan sempena Minggu Setiausaha di Hotel Shangri-La, Ning mengakui terkejut membaca kenyataan yang heboh diperkatakan peminat.
“Saya percaya pereka itu bertindak demikian kerana hasutan orang ketiga. Namun, tindakannya pada saya kurang bijak memandangkan kenyataan dan gambar baju digayakan semula itu disiarkan dalam laman webnya.
“Perkara seperti ini pertama kali berlaku kepada saya. Apa yang boleh saya katakan, kes ini ibarat kacang lupakan kulit. Mungkin selepas mendapat pujian apabila pakaian yang direka menang pakaian terbaik, dia lupa dunia.
“Apabila dia berkelakuan begini, saya percaya dia merosakkan reputasinya sendiri dan artis lain sudah tentu takut untuk bekerja dengannya selepas kenyataan itu disiarkan.
“Saya sedikit pun tidak marah dengan apa yang dilakukan. Setiap orang ada pandangan sendiri. Cuma mengapa sekarang? Kenapa ketika baju itu dicuba ke badan saya tiada siapa beri komen sedemikian.
“Selepas dia memperoleh apa yang diinginkan, kini saya pula dihina. Sikapnya seperti melepaskan anjing tersepit. Pada saya, dalam hal ini biarlah Luncai terjun dengan labu-labunya dan saya tidak rugi apa-apa.
“Saya tidak nafikan dia berbakat besar dalam bidang rekaan fesyen dan dia boleh pergi jauh, cuma apa yang saya kesalkan, selepas berusaha keras mengetengahkan bakatnya, dia rosakkan begitu saja. Sia-sia saja kerja keras kami selama ini,” katanya.
Ning turut menjelaskan tindakan pereka itu mungkin berpunca dari salah faham antara mereka sebelum ini.
“Segalanya bermula sewaktu wartawan sebuah akhbar utama meminta saya bersama dua artis Artistes United Records (AUR), Nikki dan Yannie, menjalani sesi fotografi dan mahu kami menggayakan baju rekaannya sewaktu mengadakan persembahan di Anugerah Era ketika mendendangkan lagu Drama.
“Bagi memudahkan kerja, pegawai perhubungan awam AUR, Azmi menghubunginya menyatakan keinginan wartawan itu. Lagipun ia secara tidak langsung bakal mempromosikan baju yang dihasilkan.
“Tidak sangka pula, sebaik dihubungi dia sudah mempunyai pengurus dan pengurusnya itu meminta kami membayar sewa. Pengurusan saya kata tidak pernah dalam sejarah penerbitan di Malaysia, promosi diberikan pereka fesyen dikenakan bayaran.
“Maklumlah, kalau dia sendiri mahu membeli iklan di akhbar terbabit, sekurang-kurang harganya mencecah puluhan ribu ringgit.
“Namun, dia berkeras menyebabkan pengurusan saya terpaksa memberitahu wartawan berkenaan mengenai permintaan mereka. Wartawan itu turut kecewa kerana sebelum itu akhbarnya banyak mengetengahkan bakat pereka itu, apatah lagi dia pernah menang pertandingan rekaan fesyen anjurkan akhbar terbabit,” katanya.
Jelas Ning, wartawan terbabit meminta pihaknya melupakan saja pakaian itu dan dia berusaha mencari pakaian pereka lain.
“Mungkin kerana itu dia rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dan mengambil tindakan singkat dengan menyindir dan cuba memburukkan nama saya.
“Walaupun dalam laman itu tidak disebut nama Ning Baizura tetapi satu Malaysia tahu saya orang pertama menggayakan gaun hitam itu di ABPBH06,” katanya lagi.

22 comments:
pitty ning :( benda2 macam ni pun boleh jadi hal..
................kes baju lagi...apa nak jadi dengan industri fashion entertainment kita..? tak de hal2 yng lebih penting nak dipersoalkan...? duh...
not to say baju yang ning pakai tu sesuai ke tak ke, but this matter is so very petty...
web yg kutuk ning tu web ape?
nak tgk sgt mane web yg kutuk ning tue...dasar tak sedar di untung tol pereka ni ek...apsal skang pereka fesyen dh naik tocang????
Ungrateful fella ... hish!!
aku dah agak dah.... sebut je pereka yg cipta baju utk lagu Drama di AE.. semua dah tau...
i am a forever fan of ning and am one of the million public out there. Walaupun im just a small nobody but i felt 'terganggu' dengan etika manusia yg not so smart. I percaya that Ning n Assosicate takkan terasa hati sangat2 kalau tak sesesorang yang kita anggap sbg simbion tiba2 meludah di depan kaki. Tu la org tua2 kata kerana mulut badan binasa. Jadi hadek2 mulut jgn jahat sanget! hehE
We all love u!
perlu ke ning pakai baju bdk2 itm ittewww...kelas kerrr????
berangan lah hatta tuh.. ning sebelum nie pakai all the foreign designers names creation..the industry knows very well ning's level..
hatta patut rasa 'honoured' ning sudi sarung hasil rekaan dier ketubuh ning yg sebelum nie hanya diliputi jenama VAST jerrrr...
PLZ
fuiyooo.. nie sejarah msg. paling banyak ditebas.... "mak sujud" hhehhehehehe
Post a Comment